Friday, April 11, 2008

Dari pendapat seorang kawan

nie Surat yang diterima oleh aku n kawan aku nie mintak aku publishkan dalam blog aku untuk tatapan orang. Anda diminta tolong sampaikan feedback korang dalam ruangan comment tentang surat ini.


Ini lah surat nya : -

NAJIB, PRESIDEN

MUKHRIZ, KETUA PEMUDA


Menyambut baik kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan dan Perak baru-baru ini, saya terpanggil untuk turut membuat kenyataan berhubung Pemilihan di dalam UMNO pada penghujung tahun ini.

Saya melihat kenyataan-kenyataan mereka sebagai satu perkembangan yang sihat buat UMNO. Ini kerana, mereka berdua telah menyatakan sokongan secara terbuka kepada Khairy Jamaluddin yang mereka lihat sebagai pemimpin yang mampu membawa kebaikan kepada Parti dan Pergerakan Pemuda. Semangat inilah yang diperlukan oleh UMNO, iaitu proses memilih pemimpin dibuat atas kehendak akar umbi dijalankan tanpa apa-apa tekanan.

Namun, kenyataan mereka tidak boleh dilihat sebagai kehendak majoriti ahli-ahli Pemuda UMNO. Ianya adalah merupakan kenyataan peribadi daripada pemimpin peringkat negeri. Kehendak ahli-ahli cuma dapat dilihat dengan lebih jelas melalui Persidangan-persidangan UMNO yang akan membuat pencalonan.

Atas semangat demokrasi dan cintakan Parti, saya ingin turut menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai calon Presiden Parti UMNO bagi menggantikan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagi lebih memantapkan Parti UMNO, sokongan tanpa belah bagi saya berikan kepada YB Dato’ Mukhriz Tun Mahathir sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Daya kepimpinan, keberanian dan kebijaksanaan mereka berdua amat dihormati kawan dan lawan. Perwatakan mereka yang berhemah tinggi akan mampu menarik semula minat dan mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Saya tidak berniat untuk bersikap biadap terhadap peneraju Parti sekarang tetapi, pandangan saya adalah berasaskan kepada PANDANGAN YANG TELAH SAYA TERIMA DARIPADA AHLI-AHLI DAN ORANG RAMAI.


AHMAD FAIZAL BIN DATO’ AZUMU

PEMANGKU KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO

BAHAGIAN IPOH BARAT

(6019 57 26 777)







So.. apa komen korang tentang nie?

Monday, April 7, 2008

Ada Apa Dengan Babi dan Politik.

Salam semua. Sorry amik masa lama untuk 'update' blog aku nie. Semlm aku baca paper n blog pasal sorang ahli politik kat Seputeh cerita pasal babi. Ya...korang mesti terbeliak mata baca paper kelmarin bahawa kerajaan Pakatan Rakyat(DAP +KeADILan + PAS) bersetuju membina projek tapak ternakan babi RM100j di Sepang.

Aku sebenarnya meluat plak kat kerajaan baru Selangor nie. Punyalah nak amik hati rakyat dan nak menunjukkan derang nie mengamalkan sistem terbuka dan telus untuk semua kaum sampai projek ternak babi pun korang luluskan. Kat Sepang lak tu. Kawasan pintu masuk pelancong luar negara lak tu. Kat Sepang ada LCCT,KLIA & SIC...pergh rosak ...rosak. Lepas nie kalau pelancong luar keluar dari airport atau gi tgk race kete kat SIC..kalau ada bau busuk jgn masa tu baru korang mula nak panik!. ...

Si Teresa nie cakap "Saya betul-betul tidak faham kenapa segelintir orang amat sensitif jika menyentuh perkara berkaitan babi atau daging babi. Saya sering memberitahu Ahli-ahli Parlimen Barisan National (BN) di Dewan Rakyat bahawa babi juga adalah ciptaan Tuhan!!!"... Owh TeresaKOK! Cetek betul pemikiran ko nie. Babi tak salah. Takde sapa yg nak sensitif sangat pasal binatang babi tu. Yg, kitorang salahkan dan berasa kecik ati sekarang nie ialah kenapa gi luluskan pusat ternak Babi tu! RM100j tau tak! RM100j semata² nak bukak pusat ternak babi yang canggih. Yg makan daging babi pun bukan majoriti rakyat kat MALAYsia nie, tapi boleh lak korang spend sampai RM100j. Naper ternakan Lembu dan kambing yag majoriti orang Malaysia nie makan tak mau spend sampai rm100j. Siap kena import lagik daging2 nie.!

Agama Islam agama rasmi negara. Kalau korang tak sensitif perasaaan orang Islam kat Malaysia nie, maknanya korang tak mengambil berat pasal hati kami. Come on la Teresa. KAlau hari tu hunus keris pun korang terasa... KAlau macam tu ternak babi besar-besaran pulak macam mana? Ko ingat Melayu tak terasa?

Si cina dan parti pembangkang nie dulu aku ingat lagi...masa nak buat insinerator Broga tu..korang punya la hentam Kerajaan..kata busuk la apa laa...so skang korang buat pusat ternak babi kat Sepang sampai 100j! Lagik la malu Malaysia nie!. Lebih kurang ajer busuknya!. Tapi yang herannya si cina DAP nie boleh sokong lak pusat ternak babi nie. Haish!....mmg dia nie talam sungguh. Kalau benda tu memberi kepentingan kat dia ngan kaum dia dan mengenepikan sensitiviti dan hak umat Islam dan Melayu...mmg dia agree. Mmg lahanat dia nie!

Sudahlah...bosan aku ngan kerenah politik Malaysia nie. Semua pikir diri sendiri. Pembangkang ker...Kerajaan ker....semua sama ajer. Sekarang baru sebulan dah kecoh macam². Lepas nie...mesti kuar pepatah baru "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang babi kena gi Sepang". So lu orang pikir la sendiri.. Kalau nak babi...gi pangkah lagik DAP ngan KEADILAN banyak2. Kalau nak tanah tergadai pangkah PAS. Kalau nak kaki gado dan rasuah pangkah BN. Pangkah secara bijak!.

Oklah..cukupla..SALAM.

p/s: tak semua ahli politik yg berkerja kuat lepas PRU12. Ada yang masih tido dan tgh bergaduh lagik...

Monday, March 17, 2008

Pemimpin² negaraku....

Salam....Wassup....Welcome to my humble blogspot.
A place
for my random thoughts and ideas i put down for you all to read.

Last Thursday ada la sorang mamat UMNO yang bongkak n berlagak(secretary umno penang) mintak tolong kerajaan pusat jangan teruskan projek2 kat Penang. Kalau boleh tarik balik projek PGCC, Rapid Penang, monorail etc. Dia cakap -

"DAH RAKYAT PILIH BA, KITA TARIK BALIK SEGALA PROJECT YANG KITA USAHAKAN UNTUK MASA DEPAN"

Well dato...kalau u marah sangat ngan pengundi sbb undi BA pun, jgn la keluarkan ayat macam tu. Janganla Membodohkan diri n UMNO. Orang² yang ada mindset macam nie dalam UMNO la yg buat kan UMNO makin tak relevan. Baru kalah 5 negeri dah ngelabah anjing macam nie. Kenapa marah sangat dato? Sebab dah tak dapat duit dari kerajaan negeri kot sbb tu dato ngelabah anjing macam nie.

Rilek laa sket dato, masa nie laa nak menawan hati rakyat balik. Pikir balik sebab-sebab rakyat tak undi BN. Jgn la marahkan pengundi tak sokong BN sampai tarik projek. Lepas PRU-12, hampir kebanyakan pemimpin marahkan rakyat, kata tak sayang negara la, tak sayang bangsa...tapi derang tak pikir kitorang semua undi BA sbb dah takde alternatif lain nak sedarkan pemimpin2 kat atas tu yg derang nie makin meyimpang jauh dari perjuangan bela rakyat. Skang nie kitorang tak 'undi simpati' kat pembangkang tapi kitorang 'undi benci' kat kerajaan. Tu ajer! Dah tau orang benci...cari la cara nak menangkan hati balik. Bukannya gi tuduh rakyat buta tuli undi orang lain. Bodoh betul la setengah pemimpin BN nie. Bodoh super maksima.

Kepada Boss dan orang2 kat atas tu, sedarlah diri sket. Buatla perkara yang betul, bertanggungjawab la sket. Ada la sorang ahli parlimen nie, dia nie beranila sket bgtau nak perubahan kepimpinan (bukan nak melawan tapi nak perubahan). Takde la kaki jilat or talam dua muka macam orang2 lain. Tapi tu la..bila dah bagitau isi hati dia dan rakyat2 bahagian utara..korang hentam dia macam pariah. Still TAK NAK DENGAR cakap rakyat jugak. Jgn korang jual negara aku kat orang lain dah. Skang nie dah ada tanda2 dia dah. Sampai kan WPI pun Singaporean dah masuk. Semua kerana duit!

Kepada pembangkang....jgn syok sangat sampai nak bakar hati melayu..Aku hentam government pun tak bermakna aku sokong korang. Aku cuma nak semua projek korang benefitkan rakyat. bukan masuk poket sendiri. Lagik satu...jgn memain kan hak bumiputera tu ajer. Ok la...cukup...salam...

"UMNO still relevant...but needs revolution"